Thursday, August 13, 2009

Selamat Datang

Selamat datang ke blog Wilayah Linggi Bergajah Tunggal. Blog ini diwujudkan bagi memartabatkan kedaulatan Wilayah Linggi yang sekian lama telah hilang. Banyak sejarah Linggi telah dilenyapkan oleh pihak-pihak yang tertentu. Linggi tempat lahirnya individu yang hebat seperti Sheikh Hj Muhammad Said Jamaluddin, Sheikh Abdullah Muhammad Said, Sheikh Ahmad Muhammad Said, Pendeta Za'aba, Tan Sri Mohd Said dan ramai lagi.

Semoga blog ini boleh dijadikan platform waris Linggi berkongsi maklumat agar tidak lupa sejarah kehebatan Wilayah Linggi. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Linggi boleh menghubungi saya.

18 comments:

Radzi Sapiee said...

Alhamdulillah. Bagus dah ada blog pasal Linggi. Harap dapat dibongkar segala sejarah yang tersembunyi. Mungkin boleh dimulakan dengan zaman sebelum Melaka, jika ada maklumat le. Kalau tak pun, mula zaman Melaka dengan cerita di sebalik makam Sheikh Majnun ngan segala macam batu, batu pedang le dan berbagai tu kat Pengkalan Kempas. Kemudian apa yang terjadi dari zaman itu sampai le kemunculan Daeng Kemboja ibni Daeng Parani di Bukit Supai.
Kalau boleh dapat dihuraikan kaitan keluarga Sheikh Muhammad Said Linggi dengan Daeng Kemboja. Semoga semakin banyak isi yang berguna! :]

warislinggi said...

Terima kasih kerana sudi menziarahi blog saya. Saya akan cuba untuk menceritakan sejarah linggi berdasarkan maklumat yang saya ada. Insya ALLAH. Linggi terlalu besar di dalam penglibatannya di dalam sejarah Rembau dan Sungai Ujong.

cikguwawa said...

salam,
saya berasal dari kerabat Tuk Linggi yang mungkin berasal dari kawasan linggi.Kami bermukim di Lipis,Pahang.Namun blog saya tidaklah bercerita tentang asal-usul tersebut.Cuma saya menggunakan nama itu sahaja.

P.U.R.B.A said...

salams n terima kasih kerana sudi memasukkan link saya ;) salam perkenalan dari teman lama heeee

fairuz_dpim said...

salam..saya berasal dari kg sungai temau,kuala lipis.saya tidak pasti saya datang dari keturunan tuk linggi@tidak..tapi nenek saya pernah bercerita tentang tuk linggi.bergitu juga arwah moyang,sulaiman embun..itu pun kerana saya menyiapkan kerja sekolah yang bertajuk asal-usul keluarga belah mak..mcam ne nak tahu saya nei betul2 keturunan tuk linggi?saya nak tau sangat asal usul keturunan saya,harap boleh membantu..

warislinggi said...

saya kurang pasti sama ada Tok Linggi di lipis ada kaitang dgn kami di Linggi. Insya ALLAH, nanti saya cuba tgk2kan...

shafiq ar radzieff said...

Salam..

Saya adalah cucu kepada Dato'Panglima Besar sekarang, Dato' Muhammad bin Ahmad dan oneng kepada Dato' Muda Hasan bin Pok.

Tahniah sebab buat blog tentang Linggi ni. Saya rasa anak muda sekarang banyak yang tak ambil tahu dan tak mahu ambil tahu tentang sejarah dan adat linggi ni, walaupun asalnya orang linggi.

Bila da wujud blog ni, banyak info2 dan sumber yang boleh dikongsi dan dipaparkan bersama. Saya juga ada membaca buku yang ditulis oleh Norhalim Hj Ibrahim tentang Linggi dan sejarahnya. menarik kalau baca buku tu. ada jugak melihat Salah silah pusaka jawatan Dato' Muda Linggi.

Dato' Muda Zahrin dah ambil salah silah tersebut, mungkin nak kemaskini. Kalau boleh saudara senaraikan profil terkini jawatan-jawatan Dato' adat yang terkini dan penyandangnya untuk pengetahuan ramai..

Kalau sudi, datanglah kerumah, jumpa dengan datuk saya. Saya percaya banyak lagi cerita menarik tentang linggi yang boleh ditulis.

Wassalam

shafiq ar radzieff said...

Maaf..pasal salah silah tu, telah diambil oleh Dato' Muda sekarang, Y.M Dato' Mohd Basri untuk tujuan kemaskini..

sebenarnya saya pernah terfikir, dari salah silah itu, kita boleh kemaskinikan dan mungkin satu perjumpaan bersama dengan dengan anak-anak waris dan anak-anak pusaka linggi.

Wassalam..

LATIF said...

Assalamualaikum wtb

Dato'/Tuan/Puan

Saya, Abdul Latif Mohammad cucu kpd Allahyarham Dato Panglima Perang Abdul Samad bin Zainuddin ingin mendapatkan maklumat terperinci berkaitan dgn SALSILAH LINGGI - bersedia duduk semeja utk mencari/kepastian/ketetapan.

Kaitan keturunan Bugis Linggi dgn Daeng Kemboja
(tercatat dlm buku NAJIB)

EMEL SAYA : mlatifabdul@yahoo.com.my
H/P 0126875207
ADD: BLOK A5 T3-7 TMN MELATI
SETAPAK, 53100 KUALA LUMPUR

othman ghani said...

ASSALAMUALAIKUM lATIF
SAYA OTHMAN BIN DATUK SETIA HJ ABDUL GHANI ALI CUCU KAPADA DATUK IBRAHIM PAWANG NENEK TOK MAKLANG Esah,emak saya Kak Long Intan nama sebenar Mariam Ibrahim ,rumah Tok saya 600meter dari Masjid dekat rumah Tok Yusof dan rumah Tok Cik jempul.Saya ingat saya tak jumpa Latif selama 45 tahun. Mudzar,nora,abi adek beradek Latif kan? Phone No.0193598839 .Thank you.

Zouhaiza said...

Sila rujuk pada website, rajaahmad.blogspot.com mengenai datuk linggi aka Raja Ahmad yg bermastautin di Kuala Lipis Pahang

othman ghani said...

Salasilah says: Othman bin Datuk setia hj Abdul Ghani bin Ali bin Bulat bin Omar bin Katib Musa bin Katib Jamaluddin@amaluddin bin Tok Awaluddin (I was born in Kampung Linggi)

othman ghani said...

My father Datuk Setia Abdul Ghani bin Ali was the 4th Chief Minister of Malacca from 1972 to 1978.He was born in 1924 in batu 26 Kg Ramuan China Kecil,Lubok Cina,Melaka.Married to Datin Hajah Mariam Bt Ibrahim Pandak from Kampung Linggi,Negeri Sembilan.They had six children : Mazlan,Othman bin Datuk Setia Hj Abd Ghani,Zainuddin,Mastura,Sulaiman n Abdul Ghaffar.

Unknown said...

Datuk Setia Hj Abdul Ghani Ali's, Tok Bulat was from Kampung Linggi n had two son by the name of Ibrahim n Ali. Tok. Ali a freedom fighter was married to A lady by the name of Arome@Raja Arom the daughter of a Bugis WARRIOR named Kiai Dollah@orang kaya Dollah@Raja Abdullah from Pulau Penyengat, Riau. By their marridge thy had two son n three daughters.Daughters, Taskiah, Ngah Puteh n Rimpun@Simpun.Sons JP Abdul Wahid Ali, Datuk Setia Hj Abdul Ghani Ali(the 4th Chief Minister of Malacca, MALAYSIA). Their bloodlines where from the five Bugis Warriors. My name othman bin datuk setia hj abdul ghani bin ali bin bulat bin omar bin katib musa bin katib jamaluddin@amaluddin bin Tok Awaluddin bin fakihih abdul malek bin daeng kemboja bin Daeng Perani.

Unknown said...

Arwah bapaku Zaharin Bin Maulud telah kembali ke rahmatullah tahun 1996, berakhirlah jawatan yg disandangnya....Al-Fatihah...frm: anaknya: Mohd Khaidzir bin Zaharin

Unknown said...

Beliau telah disemadikan ditanah perkuburan Taman Tasik Titiwangsa,...pemergiannya ketika aku berusia 22 tahun..jasanya terhadap Linggi selama 20 tahun bermula ketika umurku berusia 2 tahun. Ibuku yg masih bernafas bersama 10 anaknya sentiasa mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang2 yg beriman dan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT....amin.

Unknown said...

Beliau telah disemadikan ditanah perkuburan Taman Tasik Titiwangsa,...pemergiannya ketika aku berusia 22 tahun..jasanya terhadap Linggi selama 20 tahun bermula ketika umurku berusia 2 tahun. Ibuku yg masih bernafas bersama 10 anaknya sentiasa mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang2 yg beriman dan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT....amin.

Unknown said...

Arwah bapaku Zaharin Bin Maulud telah kembali ke rahmatullah tahun 1996, berakhirlah jawatan yg disandangnya....Al-Fatihah...frm: anaknya: Mohd Khaidzir bin Zaharin

Post a Comment