Thursday, August 20, 2009

Perjalanan Balik Kampung

Hari ni Waris Linggi balik ke kampung...dah lama tak balik Linggi jumpa mak sedara. Seperti biasa, kedatangan Waris Linggi akan dialu-alukan dengan ungkapan yang menusuk kalbu seperti aku ingatkan kau dah mati...hidup lagi kau...nampak sangat lama tak balik hehehehe...

Masa sampai mak sedara sedang makan tengah hari...tapi Waris Linggi baru lepas makan di Kendong ngan rakan-rakan...cuma minum air sahaja dengan makan buah langsat.

Semasa makan, Waris Linggi berbincang dengan mak sedara mengenai hal2 keluarga dan juga mengenai Dato' Muda Linggi.

Bila dah penat berbincang, Waris Linggi pergi ke rumah pusaka kat sebelah rumah mak sedara.. nak ambil gambar....ingatkan nak masuk gak la tapi berkunci lak...dah banyak rosak rupanya rumah ini.




Kesilapan yang dilakukan oleh Dato' Muda Linggi apabila menebang pokok yang ditanam oleh moyang Waris Linggi. Waris Linggi tak pernah setuju dengan alasan pokok ini boleh membahayakan rumah. Pokok tu ada kat situ puluhan tahun, tak pernah sekali membahayakan penghuni rumah.


Waris Linggi cuba bertanya dengan mak sedara..siapakah adik beradik aruah atuk...tapi dia jawap "aku pun tak kenal"...sebab atuk Waris Linggi amat merahsiakan mengenai keluarganya...terlalu berahsia...pastu garang lak tu...tak de siapa tahu pasal keluarga atuk Waris Linggi...ada hint2 yg diberi tapi tak pastilah...

Selesai urusan di rumah mak sedara...teragak nak pergi ke Hulu...nak tgk rumah sedara2 yang dah lama tak pergi...rupa-rupanya rumah semua dah nak roboh..Waris Linggi terus ke Masjid Linggi...



Masjid Linggi yang dibina oleh Dato' Muda Linggi Mohd Peral


Beduk yang terdapat di Masjid Linggi

Meriam yang terletak di hadapan masjid dipercayai milik Dato' Muda Linggi Mohd Peral





Kawasan perkuburan Dato' Muda Linggi Mohd Peral dan keluarganya.

Makam Dato' Muda Linggi Dato' Mohd Peral

Kawasan perkuburan lama keluarga Waris Linggi

Makam Syeikh Jamaluddin Al-Linggi


Dipercayai Makam Dato' Muda Linggi Dato'Mohd Kattas


Perigi yang pernah digunakan untuk mengambil wuduk


Cuba lihat bentuk batu nesan....

Terdapat corak bunga


Kawasan perkuburan lama

Kawasan perkuburan baru Kg Linggi


Tetiba teringat surau batu yang juga dibina oleh moyang Waris Linggi. Masa kecil, ayah Waris Linggi pernah ceritakan kat surau tak boleh buat main-main...nanti kok kena angkat letak kat tepi perigi. Apa lagi pergi sekejap...gi ambik gambar.


Surau Batu


Kawasan perkuburan orang bersalah dan hamba.


Selesai mengambil gambar, Waris Linggi pun balik ke Seremban dalam jam 5 ptg.



2 comments:

joey glider said...
This comment has been removed by the author.
othman ghani said...

Bedok di masjid linggi sabenar nya ada dua biji.Panjang nya lebeh kurang 20kaki,bulat nya lebeh kurang 3.1/2 kaki diameter,Drum nya boleh jadi kulit kerbau,kerana tahan di pukul tiap2kali sebelum laungan azan oleh bilal Pak Chik Mat.Sebiji di letak antara rumah arwah bilal hussein dan Masjid, di atas pondok.Sebiji lagi di belakang Masjid.Kayu pemukul nya sa besar 'baton baseball"Bedok ini di perbuat dari pokok kayu yang besar. drp.othman

Post a Comment