Monday, April 4, 2011

Kajian Mengenai Linggi

Assalamu'alaikum,
Terlebih dahulu, saya mohon maaf kepada pembaca blog ini kerana hampir 2 tahun ia tidak dikemaskini. Kekangan kerja dan waktu menyebabkan saya tidak sempat memasukkan maklumat terbaru mengenai Linggi. Namun begitu, saya masih lagi melayarinya bagi melihat pengunjung blog dan membaca komen-komen yang dihantar.

Saya difahamkan kini telah ada satu kumpulan yang sedang menjalankan kajian dan ingin menubuhkan galeri Linggi. Tahniah saya ucapkan di atas usaha tuan-tuan. Kita memang memerlukan ramai anak-anak Linggi yang mengkaji mengenai Linggi. Terus terang saya katakan bahawa saya tidak mampu melakukannya seorang. Saya menghabiskan masa dan wang selama 20 tahun hanya untuk mencari mengenai Linggi. Alhamdulillah, terlalu banyak maklumat telah saya kumpulkan. Jika ada kemampuan dan kesempatan saya akan keluarkan buku mengenai Linggi berdasarkan kajian saya.

Cuma saya mohon jasa baik kepada sesiapa yang melayari blog dan mengambil bahan dari blog, letakkan kredit. Bukan saya kedekut atau sombong, saya tidak kisah dan suka sekiranya bahan saya disebarkan. Tetapi sekurang-kurangnya ia menghargai segala usaha yang telah saya lakukan. Saya merasa kurang seronok apabila membaca facebook dan blog lain seolah-olah bahan tersebut bahan asal mereka.

Saya mohon maaf sekiranya ada yang terasa atau kecil hati dengan kenyataan saya.

P/S :
Nasib baik saya tidak masukkan hasil kajian saya di dalam blog ini. Kalau tidak, ia akan menjadi hasil kajian orang lain.

1 comment:

BELIA WAJA WATAN said...

Salam kepada Penulis dan Pembentang Kertas Kerja yang budiman ... Kami PB2W berminat untuk mengetahui sejarah linggi lebih lanjut, sehubungan dengan itu mohon mendapatkan laluan komunikasi yang memudahkan menyapaikan kepada hasrat kami tadi samda melalui No Tel mahupun FB ...

Sekian terimakasih dan tahniah diatas pembukaan sejarah peradaban linggi itu ..

Post a Comment